Thursday 14 July 2011

Nur Kasih The Movie (2011) PPVRip AVI,MKV & RMVB Mediafire

Nur Kasih The Movie (2011) PPVRip AVI,MKV & RMVB Mediafire

Synopsis
Nur Kasih The Movie adalah sebuah cerita bagaimana sebuah keluarga menghadapi setiap ujian daripada Tuhan. Kematian isteri Aidil telah memberikan kesan yang mendalam terutama kepada Aidil sendiri. Dia ditemani oleh dua orang anaknya iaitu Illyas dan Mariam. Adik kepada Aidil yang bernama Adam dan juga isterinya Nur Amina turut membantu untuk memberi semangat kepada Aidil.

MEDIAFIRE

KL Gangster (2011) [Malay] DVDRip


http://www.imdb.com/news/ni11109491/ | Release Date : 09 June 2011Country: Malaysia | Language: Malay | Genres: Crime, Comedy | Subtitle: English Hardsub | Size: 250MB Mkv, 280Mb Rmvb, 700MB Avi | Quality: DVDRip
Plot: KL Gangster tells the tale of two brothers who get involved in the world of gangsterism. The older brother Malek (Aaron Aziz) was imprisoned for five years after being betrayed by his own gang which was started by Shark (Syamsul), the step brother of the most influential gangster in Kuala Lumpur, King (Ridzuan Hashim). Malek who leads a normal life after being released, is pulled back into the world he left behind after all those years. Especially since his younger brother Jai (Adyputra) is influenced by the gangsters and decides to work for Shark bringing everything down in chaos.

Mengenali Sukan Dodgeball

dodgeball merupakan sukan penyingkiran, dimana anda adalah sasarannya! objektifnya adalah menyingkirkan semua pihak lawan sebelum pihak lawan menyingkirkan pasukan anda...!!!!!

1 mata diberikan kepada pasukan yang berjaya menyingkirkan semua pihak lawan, permainan akan dimulakan semula sehingga masa tamat...

pasukan yang mempunyai paling banyak kemenangan bila tamat masa akan diistihakan sebagai pemenang.....


 6   setiap pasukan memerlukan enam (6) atlet untuk memelakan perlawanan
10 setiap pasukan boleh mendaftar  sebanyak SEPULUH (10) atlet, dimana EMPAT (4) atlet adalah atlet simpanan


<2 setiap pasukan mesti berbilang kaum (sekurang-kurangnya dua)





SEBELUM PERLAWANAN...


SEDIA.... 1,2, DODGEBALL.... HIHIHIII

DI PADANG....


KUMPULAN SORAK YG TERDIRI 
DARIPADA JIRANITA...

logo rasmi Penyu Tabah
dari KRT TELUK PAKU


GELANGGANG

gelanggang dodgeball lelaki (30 x 60 FT)
gelanggang dodgeball perempuan (30 X 50 FT)
gelanggang dodgeball kanak-kanak (30 X 40 FT)


PERATURAN ASAS SUKAN  DODGEBALL

  •  perlawanan bermula dari isyarat pengadil
               SEDIA........ 1, 2, DODGEBALL
  • setiap atlet mesti haruslah memijak garisan batasan (satu kaki) sebelum larian permulaan (opening rush) bermula.
  • selepas isyarat  drpd ketua pengadil, 3 dari atlet  dari kanan (3/6 atlet) dari kedua-dua pasukan akan berlari utk mengutip 3 bola (dibelah kanan) yg terletak d garisan tengah.
  • atlet hanya boleh mengambil bola pihak lawan setelah mengambil bola pasukan ke belakang garisan serangan sendiri.

cara susunan bola.,


logo rasmi dodgeball..



Wednesday 13 July 2011

keselamatan

OBJEKTIF



OBJEKTIF AM :

*    Mengaplikasikan peraturan keselamatan di tapak bina.

OBJEKTIF KHUSUS :
Di akhir unit ini pelajar akan dapat :-
*      Menyatakan sebab-sebab berlakunya kemalangan di tempat kerja.
*      Mengamalkan langkah-langkah keselamatan diri sendiri.
*      Menggunakan pelbagai alat keselamatan.
*      Menerangkan bahaya elektrik dan mengamalkan langkah keselamatan.
*      Menyatakan punca-punca kebakaran dan kaedah pencegah kebakaran.
*      Menunjukkan asas rawatan pertolongan cemas.



                             
                     INPUT              
     

1.0      Pengenalan
Ketika pekerja melakukan sesuatu kerja di tapak pembinaan yang melibatkan alatan tangan dan mesin, faktor keselamatan amat penting dan perlu diberi perhatian.  Kemalangan boleh dielakkan daripada berlaku jika pekerja mengambil sikap waspada dan berhati-hati serta mematuhi segala langkah-langkah keselamatan.

1.1    Kemalangan di Tempat Kerja
Kebanyakan kemalangan yang berlaku disebabkan oleh kesilapan pekerja sendiri, suasana tempat kerja, keadaan peralatan yang digunakan, sikap pengurusan dan  mutu bahan-bahan yang dikerjakan.  Antara punca-punca  kemalangan yang dikenalpasti adalah :
i.       Faktor Fizikal
-   persekitaran di tempat kerja
-   peralatan dan mesin
-   sistem pendawaian elektrik yang tidak sempurna.
ii.      Faktor Kemanusiaan
-      kecuaian
-      kurang pengetahuan terhadap kerja yang dilakukan
-      tiada disiplin kerja
-      keadaan kesihatan    
               
iii.     Faktor Pentadbiran
-      penguatkuasaan peraturan keselamatan tidak dilaksanakan
-      kurang tunjuk ajar kepada pekerja sebelum memulakan  
kerja
-      tiada prosedur kerja yang ditetapkan
-      tidak memberi latihan keselamatan kepada pekerja

1.2      Langkah-Langkah Keselamatan Diri Sendiri
Objektif utama dalam urusan keselamatan adalah mencegah kemalangan daripada berlaku. Perkara-perkara yang harus diambil berat di dalam menjaga keselamatan diri sendiri adalah :
i.        Kesihatan Diri
- jika seorang pekerja kurang sihat atau uzur, dia tidak dapat                                                                                                                                                                          menumpukan perhatian dalam apa yang dilakukannya. Kesihatan boleh dibahagikan kepada dua iaitu :
-  kesihatan dari segi fizikal melibatkan tubuh badan
pekerja dimana seorang pekerja perlu cukup makan supaya tidak mengalami sebarang keuzuran.
-  kesihatan dari segi rohani/mental melibatkan fikiran
                        pekerja seperti tidak berangan-angan semasa bekerja.
ii.      Pengetahuan
- pekerja harus memahami bahan-bahan yang dikerjakan dan alat atau mesin yang digunakan terutama mengenai tindakbalas bahan-bahan kimia yang boleh mendatangkan kemalangan. Para pekerja harus mengetahui langkah-langkah dan peraturan bagi menjaga keselamatan ketika memlakukan kerja di tapak bina.
iii.     Disiplin Ketika Bekerja
         - berdisiplin bermakna menanamkan tabiat-tabiat yang positif di tempat kerja seperti menjaga kebersihan dan mematuhi peraturan. Tabiat positif dan sihat berupaya mengurangkan kemalangan dan meningkatkan produktiviti.  Contoh kelakuan yang tidak berdisiplin di tapak bina :
-      menyimpan  alat-alat tajam di dalam saku  atau kocek.
-      membiarkan paku yang telah digunakan berselerak.
-      membuang sampah-sarap merata-rata tempat
-      tidak menyimpan alatan dan mesin kerja di tempat asalnya  
     setelah digunakan.

1.3      Peralatan Keselamatan
i.       Pakaian
- bagi mendapat perlindungan yang lebih berkesan, pemakaian pakaian yang bersesuaian di tempat kerja adalah perlu.  Rajah 1.1 menunjukkan perbezaan cara pemakaian antara selamat dengan merbahaya.





Rajah 1.1: Perbezaan pemakaian antara selamat dengan merbahaya
                                                                 
ii.      Perlindungan Mata dan Muka
- mata adalah penting dalam penjagaan keselamatan diri sendiri.  Pemakaian alat perlindungan mata (Rajah 1.2) seperti cermin mata keselamatan atau pelindung muka adalah penting bagi mengelak daripada berlakunya sebarang kecederaan. Kerja yang mendatangkan risiko pada mata dan muka adalah :
-      impak (pemotongan, mencanai, kerja batu, mengergaji, pengerudian dan memahat)
-      kimia (bahan pengkakis dan merengsakan)
-      haba (operasi relau, peleburan, pengacuan, kimpalan)
-      sinaran/cahaya (kimpalan gas atau elektrik, pemotongan gas, pemerterian)
iii.     Perlindungan Kepala
- topi keselamatan (Rajah 1.3) melindungi kepala dari jatuhan objek dan bahaya hantukan pada kepala. Topi keselamatan diperbuat daripada polycarbonate yang ringan dan tahan impak manakala topi berlogam adalah dilarang untuk kerja melibatkan elektrik. Topi keselamatan terdiri dari kelas :
-      Kelas A - tahan impak terutama dari jatuhan objek.   
   Digunakan dalam kerja pembinan, perindustrian  
   dan pembalakan.
-      Kelas B -  untuk kerja-kerja melibatkan elektrik terutama
   voltan tinggi, kejutan elektrik dan melecur.
-      Kelas C -  melindungi dari terhantuk tetapi tidak dari
   jatuhan objek. 
 








Rajah 1.2:  Jenis jenis pelindung                   Rajah 1.3:  Topi keselamatan
                   mata dan muka

iii.     Perlindungan Telinga
- perlindungan telinga digunakan apabila bekerja di tempat yang mempunyai tahap kebisingan yang tinggi. Terdapat dua jenis perlindungan telinga iaitu :
-      penyumbat telinga (Rajah 1.4a) terdapat dari jenis pakai buang yang perlu ditukar apabila sudah keras dan kotor dan jenis dipakai semula setelah dicuci. 
-      muff telinga (Rajah 1.4b) boleh disangkut pada topi keselamatan, ia memberi perlindungan yang lebih baik kerana menutupi keseluruhan bahagian telinga.





    Rajah 1.4a :  Penyumbat telinga           Rajah 1.4b : Muff telinga

iv.      Perlindungan Tangan
- pemakaian sarung tangan dapat melindungi tangan dari sebarang kecederaan, lebam dan terbakar apabila membuat kerja-kerja seperti membentuk batang keluli, memindahkan bata dan sebagainya. Kegunaan pelindung tangan bergantung jenis pembuatan sarung tangan antaranya :
-      kulit untuk pengendalian bahan panas dan sejuk
-      getah untuk kerja elektrik dan bahan kimia
-      PVC untuk calar, air dan bahan kimia
-      kapas untuk bahaya calar dan tajam
-      berkeluli untuk bahaya tajam (kerja pemotongan)
v.       Pelindung Kaki
- kasut keselamatan (Rajah 1.5) perlu dipakai jika kerja melibatkan mengangkut bahan atau peralatan berat yang mudah jatuh menimpa kaki, kawasan-kawasan yang berbenda tajam (paku, serpihan kayu dan logam), melibatkan bahan kimia, kawasan permukaan yang licin atau berelektrostatik.  Pemakaian jenis kasut keselamatan bergantung pada aktiviti kerja seperti :
-      berhujung logam yang melibatkan kerja-kerja bahan berat, mudah jatuh atau bergolek
-      jenis getah untuk kerja-kerja melibatkan bahan kimia
-      jenis tapak untuk tapak anti slip (permukaan minyak)








Rajah 1.5 :  Pelindung kaki


vi.      Tali Pinggang Keselamatan
- apabila melakukan kerja di tempat yang tinggi, seseorang pekerja hendaklah memakai tali pinggang keselamatan supaya dapat mengelak daripada terjatuh daripada bangunan.
vii.     Pelindung Pernafasan
- perlindungan pernafasan (Rajah 1.6) diperlukan apabila persekitaran kerja berhabuk (partikel kecil pepejal dari aktiviti penggerudian, pengisaran dan pemecahan), kabus (titisan cecair dari aktiviti penyemburan), gas (dari tempat terkurung) dan wap (pengewapan cecair dan pepejal). Terdapat beberapa jenis perlindungan pernafasan iaitu :
-      penutup separa iaitu topeng (mask) dan katrij
-      penutup muka penuh iaitu katrij, pembekalan udara
 Rajah 1.6:  Perlindungan pernafasan






AKTIVITI  1A
Mari kita menguji kefahaman anda berdasarkan soalan-soalan yang diberi di bawah ini. Anda boleh merujuk jawapannya pada halaman berikutnya :

a)           Nyatakan TIGA (3) punca kemalangan yang anda tahu.
b)           Mengapakah kasut yang bertapak nipis tidak boleh dipakai semasa
bekerja tapak bina ?
c)           Bilakah pakaian keselamatan berikut perlu dipakai dan digunakan ?
                 i.    pelindung mata
                ii.    tali pinggang keselamatan
              iii.    topi keselamatan




Text Box:
                                                                       
                              
MAKLUMBALAS 1A
a)     Tiga punca kemalangan
             i.        fizikal
            ii.        kemanusiaan
          iii.        pentadbiran

b)  Kasut yang bertapak nipis mudah ditembusi oleh benda-benda tajam dan
     mengakibatkan kecederaan.

c)
         i.        ketika melakukan kerja-kerja kimpalan dan kerja-kerja memotong besi atau kayu 
        ii.        memakai ketika hendak melakukan kerja-kerja di tempat tinggi
      iii.        kawasan yang mempunyai risiko objek-objek keras jatuh




                             
                     INPUT              
     

1.4      Bahaya Elektrik dan Langkah-Langkah Keselamatan
Setiap kemalangan yang berpunca daripada kerosakan peralatan elektrik boleh menyebabkan kematian.  Setiap alatan elektrik perlu mempunyai ciri keselamatan yang baik bagi mengelakkan kemalangan berlaku.

i.       Bahaya Elektrik
- kesan kemalangan elektrik dapat dilihat pada keadaan mangsa dan kerosakan atau kemusnahan di tempat kejadian kemalangan.  Antara bahaya elektrik yang dikenalpasti adalah renjatan elektrik, lecur dan letupan.
Renjatan Elektrik - faktor yang menyebabkan renjatan elektrik ialah kadar aliran arus elektrik (ampere) melalui badan apabila ia menjadi sebahagian daripada litar elektrik itu.  Oleh itu, apabila bekerja dengan alat-alat elektrik, pastikan tangan dan peralatan elektrik yang digunakan dalam keadaan kering.
Apabila seseorang terkena renjatan elektrik, apa yang perlu dilakukan adalah :
-      putuskan bekalan dengan mematikan suis utama atau suis induk
-      mulakan pemulihan nafas seberapa segera yang mampu
-      buat panggilan kecemasan ke hospital
-      sentiasa hangatkan tubuh mangsa dengan memicit tubuhnya atau menyelimutkannya dan tenangkan mangsa sehingga bantuan sampai
Letupan - sering terjadi akibat kemalangan elektrik berpunca daripada litar pintas antara kabel hidup dan neutral.
Lecur - menyebabkan kecederaan pada kulit dan dalam tubuh badan yang terbahagi pada tiga tahap iaitu :
-      lecur tahap pertama iaitu menampakkan tanda-tanda kemerahan pada kulit
-      lecur tahap kedua iaitu kulit mengelembung dan mengandungi cecair
-      lecur tahap tiga iaitu lecur hingga ke dalam tubuh badan yang menyebabkan kegagalan otot berfungsi
ii.      Mengamal Langkah Keselamatan
- langkah-langkah keselamatan perlu diambil bagi mencegah bahaya elaktrik seperti pemasangan wayar, suis dan fius, pembumian (grounding) serta pengadang.
Pemasangan wayar, suis dan fius - pemasangan wayar di tapak bina haruslah mematuhi undang-undang yang mengawalnya. Suis, fuis, pemutus litar dan alat-alat kawalan yang lain hendaklah ditandakan supaya ia dapat dikenali dengan mudah. Mana-mana litar yang mempunyai voltan melebihi 150 volt, satu dawai bumi adalah dikehendaki.
Pembumian (grounding) - arus elektrik selalunya mengikuti jalan yang tiada rintangan. Sifat ini memberi satu kaedah yang berguna dalam mencegah renjatan berlaku dengan membumikan litar yang mempunyai voltan melebihi 150 volt. Dawai bumi harus dibekalkan kepada semua alat elektrik dan disambungkan ke bahagian logam yang tiada aliran elektrik (contohnya rangka kipas, kotak suis dan sebagainya).
Pengadang - segala bahagian mesin yang bergerak dengan laju dan alat elektrik yang hidup perlu dipasang pengadang untuk menghalang orang menyentuhnya secara tidak sengaja. Semua alat elektrik yang mempunyai voltan melebihi 50 volt ditutup dengan pengadang atau ditempatkan pada tempat yang tidak mudah diusik atau disentuh seperti :
-      ditempatkan melebihi 2.4 meter dari aras lantai.
-      ditempatkan di dalam bilik yang hanya boleh dimasuki oleh orang yang diberi kebenaran.
-      mengadakan pengadang yang kukuh di sekeliling mesin dan dipamerkan papan tanda “MERBAHAYA”  pada mesin yang voltannya tidak melebihi 600 volt.

1.5   Punca-Punca Kebakaran dan Kaedah Pencegahan Kebakaran
       Kebanyakan kebakaran yang berlaku di tapak bina berpunca daripada kelalaian manusia dan kebocoran gas. Selain itu faktor seperti logam yang panas, baki rod kimpalan yang panas juga bunga api yang tercampak jauh dari titik kimpalan juga boleh menyebabkan kebakaran. Antara punca-punca kebakaran yang lain adalah :
-      arsun/ perbuatan khianat
-      litar pintas
-      kerosakan pada barangan elektrik
-      merokok
-      alatan terlalu panas
-      petir
-      tindak balas kimia
Berikut adalah kaedah pencegahan kebakaran yang perlu diketahui oleh para pekerja :
-      mengetahui cara-cara pengangkutan dan penyimpanan bahan-bahan mudah terbakar seperti petrol dan kertas.
-      mengetahui rekabentuk dan kegunaan alat-alat dan mesin-mesin yang mengeluarkan haba atau menggunakan bahan api dalam operasinya.
-      pendawaian dalam bangunan dan alat-alat atau mesin elektrik diperiksa secara berkala bagi mengesan kerosakan.
-      menyediakan alat-alat pemadam api yang efektif dan di tempatkan pada kedudukan yang mudah didapati.
-      menjaga kebersihan kawasan tapak bina.
mengamalkan cara kerja yang selamat terutamanya kerja yang melibatkan alatan yang menghasilkan haba seperti mengimpal atau menggunakan bahan yang mudah terbakar seperti menyembur cat...