Tuesday 16 August 2011

PENCEGAHAN KEMALANGAN


OBJEKTIF AM
  • Menhetahui, memahami dan menganalisis langkah-langkah pencegahan kemalangan dan pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan

OBJEKTIF KHUSUS

  • Di akhir unit ini anda dapat :
§ Mengenalpasti  kesan persekitaran kerja yang tidak selamat kepada pekerja
§  Menerangkan kawalan keselamatan kepada mesin dan peralatan
§  Menyatakan punca-punca kebakaran dan kaedah pencegahan
§  Menerangkan pengurusan bahan yang berkesan
§  Menyatakan kepentingan latihan keselamatan dan kesihatan
§  Mengenal pasti kaedah mengukur tahap keselamatan
§  Menerangkan tujuan penyiasatan kemalangan

5.0    Kesan persekitaran tempat kerja yang tidak selamat  kepada pekerja.           

Keadaan kerja yang tidak terurus mempunyai potensi untuk menjejaskan keselamatan  dan kesihatan pekerja. Persekitaran ini  termasuklah kerja-kerja di dalam bangunan ( pejabat dan kilang ) dan di luar bangunan ( pertanian dan perlombongan ).

Keadaaan kerja yang tidak terurus boleh juga menjejaskan persekitaran serta memberi kesan terhadap keselamatan  dan kesihatan komuniti.

Contoh : - Penggunaan racun serangga dalam kerja-kerja pertanian
·         Pekerja boleh terdedah kepada kimia toksid apabila menyembur racun serangga melalui hidung, mata, mulut, dan kulit.
·         Keluarga pekerja dan komuniti didedahkan dengan racun di udara, minuman air yang tercemar, dan residue pakaian pekerja
·         Pencemaran kepada alam sekitar akan berlaku apabila bahan kimia meresap ke dalam tanah atau air bumi

Fakta-fakta kemalangan di tempat kerja seperti tergelincir, terlanggar dan terjatuh adalah punca utama kematian, kecederaan dan kecelakaan yang berlaku di tempat kerja. Punca utama tersebut adalah disebabkan oleh:

a)      Bahan atau benda asing di kawasan jalan dan laluan
b)      Kecacatan dalam rekabentuk atau corak permukaan laluan
c)      Permukaan yang licin atau tidak bersih
d)     Keadaan individu yang tidak stabil secara fizikal atau mental.

Kajian juga mendapati jika manusia bersentuhan dengan sesuatu objek padu pada kadar 2 ½ batu sejam, kadar kuasanya boleh meretakkan tengkorak kepala manusia. Untuk memastikan keberkesanan dan tindakan seperti memastikan atau mengelakkan kejadian dari berlaku. Tanggungjawab dan tindakan pencegahan adalah penting bagi mengurangkan kebarangkalian kecelakaan berlaku.

5.1  Persekitaran dan kawasan kerja yang selamat

Setiap tahun pekerja-pekerja ditimpa kemalangan atau didapati tidak sihat untuk bekerja. Kebanyakan yang didapati tidak sihat untuk  bekerja dan sering ditimpa kemalangan adalah pekerja-pekerja yang bekerja lebih dari 5 hari seminggu. Punca kematian dan kecelakaan semasa kerja juga menunjukkan purata yang tinggi tidak termasuk kemalangan jalan raya. Catatan juga menunjukkan purata kecelakaan di dalam industri kayu adalah tinggi.

Kecelakan di tempat kerja turut menjejaskan ekonomi syarikat kerana syarikat terpaksa membiayai kos perubatan dan pampasan jika kecelakaan adalah parah atau membawa kematian atau hilang upaya. Undang-undang telah memastikan bahawa majikan bertanggungjawab sepenuhnya untuk menyediakan persekitaran kerja bersih, sihat dan selamat dan pihak pengurusan dan penyelia dikehendaki memastikan pekerja-pekerja memenuhi tanggungjawab. Pihak pengurusan bertanggungjawab jika undang-undang tidak dipatuhi dan jika siasatan dijalankan majikan yang semestinya memastikan persekitaran kerja selamat dan sihat serta kesihatan pekerja tidak terjejas dengan maksud:

a)      memastikan tatacara kerja dilakukan dengan betul, sempurna, selamat dan tidak menjejaskan kesihatan
b)      memastikan alat-alat , mesin-mesin dan bahan-bahan selamat digunakan dan disimpan dengan selamat
c)      memastikan cara menyimpan, mengangkut atau bekerja dengan bahan-bahan merbahaya adalah selamat dan tidak menjejaskan kesihatan
d)     menyediakan maklumat, arahan-arahan kerja dan latihan yang diperlukan agar kerja dijalankan dengan betul dan sempurna, selamat untuk kesihatan.
e)      Berbincang dengan pekerja atau melalui wakilnya
f)       Memeriksa tempat kerja dengan kerap dan merekodkan hasil pemantauan.

5.2       Menerangkan kawalan keselamatan kepada mesin dan peralatan.

Kawalan keselamatan pada mesin dan peralatan

i)         Mesin dan peralatan  adalah sangat merbahaya jika :
  
·         Direka tidak selamat dan tidak sempurna
·         Tidak diselenggara dengan betul
·         Dijalankan oleh pekerja yang tidak terlatih
·         Bukan untuk kerja yang sebenarnya
·         Digunakan dalam keadaan yang berbeza
·         Ditukar / dipinda secara haram
·         Tidak bersedia atau tidak menumpukan perhatian

ii)                  Faktor  tingkah laku dalam pengawalan kemalangan

Majikan hendaklah memastikan mesin dan peralatan :

·         Disimpan di tempat yang selamat
·         Digunakan dengan selamat
·         Tidak mendatangkan  masalah pada kesihatan

Pereka hendaklah memastikan mesin dan peralatan

·         Selamat digunakan
·         Berkeadaaan sempurna dan baik

Pekerja yang bertanggungjawab

·         Mematuhi peraturan kerja yang telah ditetapkan
·         Membuat kerja mengikut latihan yang telah diberikan
·         Berkelakuan dan bekerja dalam keadaan selamat
·         Melaporkan sebarang masalah kepada pegawai bertanggungjawab

5.3       Punca-punca kebakaran dan kaedah pencegahan

Pengawalan kebakaran adalah urusan yang sangat penting. Kerugian akibat kebakaran amatlah besar. Kemalangan jiwa akibat kebakaran sering berlaku kerana pintu atau laluan kecemasan sering terkunci,  sistem dan alat kecemasan seperti alat pemadam api tidak mencukupi. Sehubungan itu, pihak majikan dikehendaki menyediakan laluan, peralatan memadam kebakaran dan latihan melawan kebakaran yang sempurna untuk mengelakkan kecelakaan, kematian atau kehilangan keupayaan 
Punca-punca kebakaran kebiasaanya adalah:

§  Berlaku akibat daripada bahan kimia yang mudah    terbakar , habuk-habuk dan kerosakan pada pemasangan elektrikal
§  Bahan kimia yang mudah terbakar tidak disimpan mengikut peraturan yang telah dinyatakan oleh pihak berkuasa

Tindakan berjaga-jaga mestilah dibuat secara mandatori seperti:

a.       Jangan menghisap rokok berdekatn dengan bahan kimia
b.      Jangan menggunakan atau menyalakan api berdekatan dengan bahan kimia
c.       Menyimpan bahan kimia yang banyak di dalam bilik yang berasingan dan jauh daripada kawasan mudah terbakar
d.      Operasi yang mudah terbakar seperti kimpalan atau pengisaran bahan besi hendaklah jauh dari bahan kimia
e.       Mendapatkan senarai kesan bahaya jika membeli bahan kimia
f.       Menanda dan melabelkan tanda bahaya dan pastikan label tersebut tidak rosak, dialih atau ditukar
g.      Pastikan rekod penggunaan,rekod stok bahan rekod pembekal ada


Punca-punca lain kebakaran berlaku ialah:
·         perbuatan khianat
·         kerosakan elektrik
·         merokok
·         geseran
·         terlalu panas
·         kebakaran spontan
·         kanak-kanak
·         alatan terlalu panas
·         kerja-kerja semasa kimpalan / pemotongan
·         petir
·         tindakbalas kimia
·         kemalangan/kecuaian pekerja

      Kaedah pencegahan berlakunya kebakaran ialah:
·         Membersihkan kawasan persekitaran kerja
·         Penyimpanan bahan mudah terbakar di tempat yang selamat
·         Penyediaan kawasan merokok
·         Penjagaan mesin dengan baik
·         Kawalan staf, kakitangan dan pengguna bangunan
·         Penguatkuasaan peraturan kerja yang selamat
·         Penyediaan kawasan kerja yang selamat

 Faktor kebakaran dan pengawalan:

a)         Akibat daripada kebakaran yang berlaku seperti:
·         kemalangan jiwa
·         kerugian besar
·         kematian

b)         Mengawal kebakaran dengan :

i)         Menyediakan laluan kecemasan
·               Setiap bangunan mestilah mempunyai sekurang-kurangnya dua laluan bagi tujuan menyelamatkan diri
·               Pintu laluan hendaklah tidak dihalang atau dikunci
·               Laluan kecemasan mestilah bebas dan lapang dan ditandakan

ii) Pemadam api mudah alih
·               Setiap bangunan hendaklah memastikan mempunyai alat pemadam api yang bersesuaian kegunaanya.
·               Pekerja-pekerja hendaklah dilatih menggunakan pemadam api dengan betul.
·               Hanya alat pemadam api yang sah dan baik digunakan dan dibenarkan
·               Pekerja-pekerja hendaklah dimaklumkan dengan memberikan latihan latih tubi (drill) cara-cara menyelamatkan diri dari kebakaran.

c)      Perancangan Pengosongan ( Excavuation )

·               Pelan tindakan kecemasan diperlukan dengan menyatakan laluan untuk digunakan dan prosedur yang perlu diikuti semasa kecemasan
·               Jika perlu, prosedur bertulis hendaklah disertakan juga untuk memberikan keterangan kepada kakitangan yang diperlukan membantu
·               Alat penggera seperti loceng kecemasan, wisel, peti suara mestilah disediakan dan berfungsi dengan baik
·               Pekerja-pekerja hendaklah dilatih bagaimana untuk bertindak ketika kecemasan. Majikan hendaklah memeriksa semula perancangan yang telah diberikan agar tindakan sebaik-baiknya dapat diambil ketika kecemasan dan memaklumkan kepada pekerja jika berlakunya sebarang perubahan.

d)     Perancangan Mengawal kebakaran

·               Majikan hendaklah membuat dan mengeluarkan     perancangan bertulis tentang mengawal kebakaran bagi memastikan perancangan pengawalan dapat dijalankan dengan sempurna dan betul. Menghentikan kebakaran adalah cara terbaik mengawal dan perancangan hendaklah dimaklumkan kepada semua pekerja.
·               Program kebersihan bagi penyimpanan dan pembersihan bahan-bahan mudah terbakar hendaklah dimasukkan  ke dalam perancangan. Mengitar semula bahan mudah terbakar seperti kertas adalah digalakan.
·               Prosedur mengawal tempat kerja terutamanya perbuatan merokok, kerja mengimpal dan membakar adalah ditegah sama sekali. Alat mengeluarkan api seperti boiler ,ketuhar mestilah diselanggara dan bersih serta dikawal. Bagi bahan mentah hendaklah disimpan denagn teratur dan selamat
·               Pekerja hendaklah dimaklumkan tentang bahaya kebakaran di tempat kerja dan prosedur serta perancangan hendaklah disediakan dan dinyatakan.

e)      Sistem pencegahan kebakaran

·               Rekabentuk sempurna dan pemasangan sistem pencegahan pembakaran seperti penyembur air adalah yang terbaik untuk digunakan dan dipasang di tempat kerja atau bangunan. Alat sistem penyembur air ini mempunyai pengesan api, penggera bunyi, penyembur air untuk menyembur di mana dikesan haba dan api atau di mana berlakunya kebakaran.
·               Sistem penyembur air automatik memerlukan penyenggaraan sempurna agar dapat digunakan sepanjang masa.
·               Papan tanda hendaklah dipasang di semua kawasan penyembur air limpahan dan bahan hendaklah dimaklumkan bagi memaklumkan bahawa bahan digunakan seperti karbon dioksida, halon 1211 dan sebagainya.

5.4              Pengurusan bahan  yang berkesan

i)                    Peralatan juga perlu diurus dengan baik dan berkesan seperti alatan:
·                     Untuk mengangkut, contohnya  trak pengangkut dirancang jadual dan laluan yang betul.
·                     troli
·                     alat penarik
·                     alatan  yang rosak hendaklah dibaiki
·                     alat yang buruk hendaklah digantikan yang baru
·                     pastikan alatan sentiasa diselenggara dengan betul
·                     mesti mempunyai rekod penyenggaraan dan penggunaanya.

ii)                  Mengangkat benda berat
·                     Perlu mengambil kira faktor kombinasi berat, saiz dan bentuk barangan yang diangkat
·                     Kurang daripada 20 kg ( sebaik-baiknya 15 kg ) bagi setiap individu.
·                     Bagi benda yang berat adalah sebaiknya menggunakan jentera pengangkat seperti trak angkat susun ( fork-lift truck )

          Kaedah sihat semasa mengangkat barang :
·                     Barang hendaklah dekat dengan tubuh badan semasa mengangkatnya
·                     Kaki dirapatkan dan tubuh badan hendaklah seimbang
·                     Lutut dibengkokkan
·                     Tengkuk dan belakang badan lurus
·                     Luruskan kaki
·                     Mengangkat barang-barang dengan kedua-dua belah tangan

iii)                Susunatur

·                     Susunatur kawasan kerja hendaklah mempunyai ruang mudah untuk bergerak, pemusingan bebas, lantai rata dan tidak licin
·                     Sistem pencahayaan baik dan terang
·                     Rak untuk penyimpan alat yang mencukupi dan sesuai
·                     Penempatan mesin-mesin di tempat yang sesuai dan selesa untuk pekerja

iv)          Pengendalian secara manual

Pengendalian secara manual adalah melebihi dari mengangkat, mengangkut atau membawa sesuatu benda. Ianya bermaksud aktiviti merangkumi mengangkat, merendahkan, menolak, menarik, membawa, memegang, menahan sesuatu barangan , haiwan atau seseorang.
Kebanyakan kecederaan berlaku akibat pengendalian kerja secara manual atau tangan. Kecederaan akan berlaku jika tugasan kerja yang diberikan adalah tidak sempurna atau di mana pengendalian melibatkan pergerakan badan . Ini menyebabkan permasalahan dalam pengendalian kerja secara betul. Di antara akibat kecederaan semasa pengendalian kerja secara manual ialah seperti:

a)                  Kerja yang melibatkan penarikan, kurang pengawalan dan pergerakan serta merta yang menyebabkan ketidakselesaan dan kesakitan
b)                  Kerja yang banyak melibatkan membongkok, memintal dan mencapai.
c)                  Kerja yang melibatkan masa memegang dalam keadaan yang sama atau kedudukan yang tidak berubah
d)                 Kerja yang terlalu pantas dan berulang-ulang
e)                  Kerja yang memerlukan tekanan bagi menjalankan tugasan.

            Majikan adalah bertanggungjawab secara undang-undang bagi memastikan pengendalian secara manual iaitu persekitaran kawasan yang bersih, selamat dan sihat. Di antara langkah berjaga-jaga yang perlu diketahui adalah:

a)                  Mencorakkan semula tugasan atau kerja semasa membawa barangan
b)                  Melengkapkan atau membekalkan peralatan mekanikal seperti troli atau penarik
c)                  Prosedur keselamatan kerja yang selamat
d)                 Latihan khusus bagi tujuan membawa, mengangkut dan mengangkat barangan



AKTIVITI 5A

Aktiviti 1

Anda merupakan seorang juruteknik yang mengawal perjalanan dan proses pengeluaran komponen perabot di sebuah kilang. Kemungkinan mesin dan peralatan yang digunakan merbahaya kepada pekerja yang menggunakanya. Bagaimana untuk mengenalpasti sama ada mesin dan peralatan itu memberi bahaya semasa menggunakannya.

Aktiviti 2

Anda merupakan salah satu anggota tindakan kecemasan yang dilantik oleh syarikat sebagai penyelia tindakan kecemasan. Apakah tugas-tugas yang anda perlu lakukan jika berlakukan kecemasan atau kebakaran di tempat kerja anda.

Aktiviti 3

Nyatakan punca-punca kebakaran berlaku ?


MAKLUMBALAS AKTIVITI 5A

Aktiviti 1

Mesin dan peralatan  adalah sangat merbahaya jika :
 
·         Direka tidak selamat dan tidak sempurna
·         Tidak diselenggara dengan betul
·         Dijalankan oleh pekerja yang tidak terlatih
·         Bukan untuk kerja yang sebenarnya
·         Digunakan dalam keadaan yang berbeza
·         Ditukar / dipinda secara haram
·         Tidak bersedia atau tidak menumpukan perhatian semasa menggunakan

Aktiviti 2

Tugas Penyelia Tindakan Kecemasan semasa berlakunya kebakaran:
  • Menilai keadaan kecemasan
  • Bertindak mentakrifkan komponen organisasi tindakan kecemasan
  • Menyelia dan menyelaras operasi tindakan kecemasan
  • Bertanggungjawab terhadap mengambalikan keadaan normal di tempat kerja

Aktiviti 3

Punca-punca lain kebakaran berlaku ialah:
·         perbuatan khianat
·         kerosakan elektrik
·         merokok
·         geseran
·         terlalu panas
·         kebakaran spontan
·         alatan terlalu panas
·         kerja-kerja semasa kimpalan / pemotongan
·         petir
·         tindakbalas kimia
·         kemalangan/kecuaian pekerja


SILA UJI KEFAHAMAN ANDA


1. Nyatakan sebab-sebab berpuncanya berlakunya kemalangan di tempat kerja.


2. Sebagai pekerja seharusnya mematahui segala peraturan dan kehendak keselamatan di tempat kerja. Nyatakan tanggungjawab sebagai seorang pekerja tersebut.


3. Apakah tindakan pekerja jika berlakunya kemalangan di tempat kerja.


4. Pemadam api merupakan alat yang penting bagi mencegah kebakaran daripada terus merebak. Jika tidak digunakan dengan betul maka langkah pencegahannya akan gagal. Bagaimanakah bagi memastikan pemadam api ini dapat digunakan dengan sempurna ketika berlakunya kecemasan.







BAGAIMANA DENGAN JAWAPAN ANDA. TEPAT, KURANG TEPAT, ATAU ….. USAHA LAGI JIKA PERLU

1. Punca utama tersebut adalah disebabkan oleh:

Æ  Bahan atau benda asing di kawasan jalan dan laluan
Æ  Kecacatan dalam rekabentuk atau corak permukaan laluan
Æ  Permukaan yang licin atau tidak bersih
Æ  Keadaan individu yang tidak stabil secara fizikal atau mental.

2. Pekerja yang bertanggungjawab

·         Mematuhi peraturan kerja yang telah ditetapkan
·         Membuat kerja mengikut latihan yang telah diberikan
·         Berkelakuan dan bekerja dalam keadaan selamat
·         Melaporkan sebarang masalah kepada pegawai bertanggungjawab

3.  Pekerja
§  Memberitahu penyelia tindakan kecemasan
§  Membantu tindakan kecemasan jika diminta

4.  Pemadam api kebakaran
§  Setiap bangunan hendaklah memastikan mempunyai alat pemadam api yang bersesuaian kegunaanya.
·         Pekerja-pekerja hendaklah dilatih menggunakan pemadam api dengan betul.
·         Hanya alat pemadam api yang sah dan baik digunakan dan dibenarkan
·         Pekerja-pekerja hendaklah dimaklumkan dengan memberikan latihan latih tubi (drill) cara-cara menyelamatkan diri dari kebakaran.