Thursday 14 February 2013

KEROPOK IKAN TAMBAN ASLI (TERENGGANU)

Sebut pasal keropok keping ikan tamban, siapa yang tak suka. Kalau makan begitu saja ataupun dengan benda-benda lain memang sedap. Kena pula apabila digoreng, ianya ranggup memang sungguh sedap. Saya nak share jenama keropok ikan tamban yang berasal dari Terengganu yang paling sedap saya pernah makan. Jom kita tengok.....


KEROPOK IKAN TAMBAN ASLI
RM 16.00 SEKILO (
Harga tidak termasuk dengan kos penghantaran)
MURAHHHH JEWWWWWW......




Keropok Keping Rangup & Sedap



Saya Pengusaha Keropok Keping ikan tamban di kuala terengganu. harga 1 kilo RM16.00. Harga tidak termasuk dengan kos penghantaran. untuk maklumat lanjut sila hubungi manager 
Suryati 012-968 0470. 
(jika tempahan lebih dari 20kg sila buat tempahan awal).




Wednesday 13 February 2013

Hukum Orang Islam Menyambut Perayaan Valentine’s Day


1.  Fatwa Majlis Kebangsaan



Keputusan: 


Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-71 yang bersidang pada 22-24 Nov 2005 telah membincangkan Hukum Orang Islam Menyambut Perayaan Valentine’s Day. Muzakarah berpandangan bahawa ajaran Islam amat mengutamakan kasih sayang dan tidak ada hari tertentu di dalam Islam bagi meraikannya.
Oleh itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.


Keputusan (English): 


The Ruling on Muslims Celebrating Valentine’s Day

Decision:
The 71st Muzakarah (Conference) of the Fatwa Committee of the National Council for Islamic Religious Affairs Malaysia held on 22nd-24th November 2005 has discussed the ruling on Muslims celebrating Valentine’s Day. The Conference decided that the teachings of Islam stress on love and there is no specific day in Islam to celebrate it.
Therefore, The Conference decided that the practice of celebrating Valentine’s Day is not part of Islam. The spirit of the celebration contains elements of Christianity and its practice that is mixed with sinful acts is prohibited and contradicts with Islam.

 

Keterangan/Hujah: 

Sejarah Valentine’s Day tidak ada di dalam Islam. Amalan, budaya dan hasrat perayaan ini mempunyai unsur-unsur Kristian yang bercanggah dengan Islam.
Di dalam Islam tidak ada hari tertentu bagi meraikan kekasih atau kasih sayang. Islam sangat menitikberatkan soal kasih sayang dan setiap hari di dalam Islam adalah hari kasih sayang.
Islam menolak konsep kasih sayang yang terkandung dalam Valentine’s Day kerana unsur-unsur ritual keagamaan yang diamalkannya boleh menggugat akidah Islam.
Hukum Islam jelas dalam hal melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam. Ini berdasarkan sebuah hadith Rasulullah s.a.w.:


من تشبه بقوم فهو منهم     


“Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia termasuk dalam kaum tersebut.”
(Riwayat Abu Daud)

Rasulullah s.a.w. juga bersabda:


من عمل عملا ليس عليه أمرنا فهو مردود


“Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka ia akan ditolak.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Kebanyakan golongan remaja Islam hari meraikan Valentine’s Day dengan perbuatan-perbuatan yang dilarang oleh Islam. Gejala seperti ini sekiranya tidak dibendung akan merosakkan generasi umat Islamakan datang.




2. Fatwa Hukum Umat Islam Menyambut Hari Kekasih (Valentine’s Day) (Johor)



Tarikh Keputusan: 


 27 Dec, 2005

Huraian Tajuk/Isu: 


Fatwa Hukum Umat Islam Menyambut Hari Kekasih (Valentine’s Day)

PENGENALAN



  • Tanggal 14 Februari setiap tahun seluruh penduduk khususnya di Amerika dan Eropah akan meraikan Hari Valentine iaitu satu hari rasmi untuk menyatakan rasa kasih sayang kepada pasangan masing-masing.

  •  Ada yang saling bertukar-tukar bunga ros merah, mengirimkan kad ucapan dan hadiah, mengumandangkan lagu-lagu cinta dan asmara, membuat upacara tari-menari besar-besaran di disko-disko bersama minuman arak, mengadakan acara makan malam dengan disinari cahaya lilin, bertukar-tukar perasaan di taman-taman bunga sehingga berkucupan dan akhirnya sanggup menggadaikan kehormatan diri sendiri demi membuktikan kesetiaan kepada teman masing-masing. Sedangkan mereka tidak ada hubungan yang sah disisi agama yang mengharuskan mereka berbuat demikian.

  • Tidak dinafikan ada umat Islam di negara ini turut meraikan Hari Valentine. Mereka meraikan hanya kerana suka-suka dan terikut-ikut untuk mendapatkan keseronokan tanpa mengetahui asal-usul dan sejarah hari tersebut.

  • “Hari Kekasih”  yang dibawa oleh orang barat tanpa disedari bertujuan untuk melekakan serta merosakkan aqidah dan akhlak masyarakat Islam, kerana kebiasaannya senario menyambut ”Hari Kekasih” berlaku dikalangan remaja Islam. Sungguhpun ia belum sampai ke tahap yang kronik, namun begitu ia boleh menyumbangkan kepada pelbagai kerosakan aqidah, akhlak dan budaya umat Islam sekiranya tidak ada sebarang tindakan dibuat untuk menyedar dan menginsafkan mereka.

  •  Harus diingat mengamalkan dan mengikut budaya asing terutama dalam meraikan hari tertentu tanpa mengetahui latar belakang perayaan itu sebenarnya akan menjerumus umat Islam kepada kehancuran. Hal ini kerana perlakuan seperti ini bukan sahaja menjejaskan akhlak orang Islam, bahkan boleh menjejaskan keimanan dan aqidah mereka.



KEPUTUSAN FATWA

Sehubungan itu, kertas kerja berkaitan dengan hukum umat Islam menyambut Hari Kekasih ( Valentine’s Day ) telah dibentang dan dibahaskan dengan teliti oleh Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor pada 25 Zulkaedah 1426 Hijriah bersamaan 27 hb Disember 2005 Miladiah. Setelah dilihat dengan penuh penelitian, maka Jawatankuasa Fatwa mengambil keputusan sebagaimana berikut :

Alhamdulillah fatwanya adalah seperti berikut :
“Amalan merayakan hari kekasih ( Valentine Day ) tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah dilarang oleh Islam yang jelas bercanggah dengan aqidah, syariah dan akhlak Islamiah. Oleh itu umat Islam adalah DILARANG daripada melibatkan diri di dalam meraikan hari tersebut. ”


والله أعلم بالصواب


NOTA :  Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71, yang telah bersidang pada 20-22 Syawal 1426 Hijriah bersamaan 22-24 November 2005 Miladiah di Kuching Sarawak, juga telah bersetuju memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine’s Day, tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsure-unsur kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.


Keterangan/Hujah: 

Antara hujah keputusan tersebut adalah seperti berikut :
  • Sejarah Valentine’s Day tidak ada di dalam Islam. Amalan budaya dan hasrat perayaan ini mempunyai unsur-unsur Kristian yang bercanggah dengan Islam.
  • Di dalam Islam tidak ada hari tertentu bagi meraikan kekasih atau kasih sayang. Islam sangat   menitikberatkan soal kasih sayang dan setiap hari di dalam Islam adalah hari kasih sayang.
  • Islam menolak konsep kasih sayang yang terkandung dalam Valentine’s Day kerana unsur-unsur ritual keagamaan yang diamalkannya boleh menggugat aqidah Islam.
  • Sekiranya seseorang Islam itu berhasrat untuk memberi hadiah kepada seseorang pada 14 Februari bersempena dengan Valentine, perbuatan tersebut adalah tidak betul kerana ia seolah-olah meraikan konsep yang dibawa oleh Valentine’s Day.
  • Kebanyakan golongan remaja Islam hari ini meraikan Valentine’s Day dengan perbuatan-perbuatan yang dilarang oleh Islam. Gejala seperti ini sekiranya tidak dibendung akan merosakkan generasi umat Islam akan datang.
  • Valentine’s asal nama sebenarnya St. Velentino merupakan seorang paderi palaing berpengaruh di zaman pemerintahan ratu Isabella di Sepanyol dan juga merupakan antara orang terpenting yang menghancurkan tamadun Islam di Sepanyol. Oleh itu ratu Isabella telah menetapkan 14 Februari sebagai hari menginati kemenangan kristian terhadap Islam. Maka barangsiapa yang merayakannya seolah-olah ia bergembira dan merestui ke atas kekalahan orang Islam di Sepanyol.
  • Memang Islam sangat menggalakkan umatnya supaya berkasih sayang antara satu sama lain, tetapi untuk meluahkan kasih sayang antara seorang lelaki dan seorang perempuan perlu melalui saluran yang dibenarkan oleh syara’. Ia bukannya yang menggalakkan kepada perkara yang mendorong atau meransang kepada yang dilarang dan maksiat.
  • Sebagai alternatifnya, jika seluruh dunia masih berterusan menjadikan 14 Februari sebagai hari ”percintaan rasmi” mereka dengan pasangan mereka, marilah kita umat Islam menjadikan setiap hari senagai bersatunya Ukuwah Mukminin sesama Mukminin dan Mukminat sesama Mukminat dengan memperkukuhkan ikatan ukhuwah, kasih sayang dan mencintai Allah dan RasulNya, demi menghadapi pakatan musuh Islam yang bertanggungjawab menjatuhkan kerajaan Islam Sepanyol, serta pada masa yang sama mendeklarasikan penentangan umat Islam kepada syirik dan penzinaan tajaan musuh-musuh Islam zaman berzaman.

والله أعلم بالصواب

Status Penwartaan: 
 Diwartakan


3.  Hukum Orang Islam Menyambut Perayaan Valentine’s Day (Sarawak)

Tarikh Keputusan: 

 11 Aug, 2008


Keputusan: 

Mesyuarat mengambil keputusan bahawa “Amalan Menyambut Hari Valentine’s Day adalah haram dan bertentangan dengan ajaran Islam.”


والله أعلم بالصواب


Wallahu A’lam bishowab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)




وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه


http://www.youtube.com/watch?v=YJkIA92BX_I

Tuesday 5 February 2013

Sinopsis Setia Hujung Nyawa

SETIA HUJUNG NYAWA

Inilah takdir yang telah menemukan jodoh antara Ersalina Imani dan Zain Hakimi. Ersalina sangat cantik, matang, berbudi bahasa, kira cukup pakej walaupun baru umur 18 tahun. 

Zain Hakimi panasaran tatkala tunangannya Sofea melarikan diri ke luar Negara disaat majlis perkahwinan mereka bakal berlangsung. Datin Adibah iaitu mummy Zain sedaya upaya mencari pengganti kepada menantu tidak jadinya. Zain hanya menurut untuk menjaga maruah keluarga. Seseorang perlu menggantikan tempat Sofea demi maruah keluarga. 

Datin Adibah kalut mencari bakal menantu bidan terjunnya. Kala terpandang Ersalina Imani, hatinya terus terpaut. Gadis itu segera dilamar. Haliza iaitu mama Ersalina dan Datin Adibah merupakan rakan berpersatuan. Bagai orang menggantuk yang disorongkan bantal, Haliza menerima lamaran untuk anak gadisnya atas sebab tertentu.

Satu rahsia besar cuba disembunyikan oleh Haliza yang melibatkan maruah keluarga. Ersalina telah pengsan di rumah dan disahkan hamil. Hancur hati seorang ibu apabila maruah diri seorang anak yang dikasihinya tergadai hanya kerana nafsu remaja. Dr. Sofea iaitu Dr peribadi keluarga Haliza telah diminta merahsiakan perkara ini dari Ersalina dan semua orang.

Demi menyelamatkan maruah keluarga, Haliza telah menerima lamaran Datin Adibah. Ersalina terpaksa rela untuk menjaga hati mamanya sekaligus menebus dosa hitamnya. 

Sebelum majlis kahwin, Ersalina dengan tak sengaja telah terlanggar Zain di shopping complex dan kedua-dua mereka saling berpandangan. Setelah sah bergelar suami isteri, Zain amat terkejut melihat gadis yg berjaya mencuit hatinya di shopping complex adalah isterinya

Zain cuba menyemai cinta untuk si isteri. Apatah lagi Ersalina terlalu baik melayaninya. Lalu, kasihnya melimpah di hati. Kala berhasrat menyambut cinta Ersalina, perkara aib yg disembunyikan oleh Haliza terbongkar bila Ersalina jatuh dan keguguran. Zain terkesima bilamana mendengar ersalina disahkan keguguran padahal zain tidak pernah ‘menyentuh ‘ isterinya.

Ersalina terkejut kerana tidak mengetahui situasi dirinya yang hamil. Kini barulah dia tahu tujuan mamanya mahu mengahwinkannya dengan zain. Zain, Ersalina, Haliza dan Dr. Sofea cuba sembunyikan rahsia besar ni.  Hubungan zain dan ersalina dingin beku selepas kejadian tersebut, Zain hanya berlakon baik dengan Ersalina di depan ibubapa mereka. Di belakang, Ersalina di maki, diherdik dan dilayan seperti orang gaji. Semuanya dibuat atas rasa kecewa dengan penipuan yang dialami. Kerana baginya keluarga ersalina menabur budi apabila menggantikan ersalina untuk majlis tersebut namun rupanya menjadikan dia kambing hitam atas perbuatan ersalina. 

Ersalina merelakan kemarahan dan amukan Zain. Bibirnya tetap tersenyum biarpun hati luka dilapah. Sewajarnya hukuman ini diterima kerana memang dia bersalah. Walau dicaci dan dihina ersalina tetap melayan zain dengan penuh kasih sayang kerana baginya disitulah syurganya. Tekadnya untuk setia pada Zain takkan dicalar walau apa pun yang terjadi. Dia ingin setia hingga ke hujung nyawa. Ersalina bertahan dan sabar kerana cintakan hubungan mereka. 

Kuasa Tuhan siapa yang tahu. Selepas cuti bulan madu di Bali, hubungan yang hampir musnah akhirnya menemui kebahagian apabila zain berjaya mengusir bayangan hitam ersalina dan menerimanya dengan hati yang terbuka.  Zain dapat terima Ersalina sebagai isterinya. 

Sekali lagi cinta mereka diuji apabila zain kemalangan dan disahkan koma. Terasa gelap gelita hidup ersalina bila zain tidak sedarkan diri selama sebulan. Ersalina bagaikan orang gila tapi mulai berubah bila dia disahkan hamil anak Zain. Berita kehamilannya mengembirakan semua ahli keluraga namun sahabat zain, hady mempunyai rasa kurang percaya kerana selama ini perhubungan mereka agak dingin. Hady merasakan sekali lagi Zain ditipu oleh Ersalina. Perbualan Hady dan Ersalina tentang Ersalina yg bukan dara sebelum kahwin telah didengar oleh Datin adibah.

Tatkala rahsia hitam Ersalina terbongkar, Datin adibah bertindak menghalang ersalina daripada berjumpa zain. Rapuh hatinya apabila terpaksa berpisah dengan suaminya. Zain akhirnya sedar dari koma dan datin adibah berkeras supaya mereka berpisah. Datin Adibah minta Zain ceraikan Ersalina kerana rasakan keluarga Haliza menipu anak mereka. 

Datin adibah berusaha menjodohkan anaknya dengan Erniza anak rakannya tetapi zain tetap mencintai isterinya. Ersalina dan Zain amat tertekan dan sering berjumpa secara sembunyi. 

“lina janji , setia ini hanya untuk abang. Selagi ikatan ini ada, lina hanya untuk abang” – ersalina

"Tapi abang memang dah tekad, biarpun tanpa cinta abang terima pilihan keluarga. Inilah cinta abang. Abang mula menyayangi lina tanpa sempadan, tanpa syarat” – zain hakimi

“perempuan yang baik, untuk lelaki yang baik dan begitulah sebaliknya” rupanya zain juga pernah mencemari mahkota perempuan lain ketika remaja dan ini diketahui datin adibah apabila zain tersempak dengan perempuan tersebut. Ini membuka mata hatinya dan menerima ersalina sebagai menantunya. Cinta ersalina dan zain kembali bertaut dan direstui oleh kedua belah keluarga. Happy ending! 

Saturday 31 December 2011

rapuh


detik waktu terus berjalan

berhias gelap dan terang

suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu

Tuesday 16 August 2011

PENCEGAHAN KEMALANGAN


OBJEKTIF AM
  • Menhetahui, memahami dan menganalisis langkah-langkah pencegahan kemalangan dan pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan

OBJEKTIF KHUSUS

  • Di akhir unit ini anda dapat :
§ Mengenalpasti  kesan persekitaran kerja yang tidak selamat kepada pekerja
§  Menerangkan kawalan keselamatan kepada mesin dan peralatan
§  Menyatakan punca-punca kebakaran dan kaedah pencegahan
§  Menerangkan pengurusan bahan yang berkesan
§  Menyatakan kepentingan latihan keselamatan dan kesihatan
§  Mengenal pasti kaedah mengukur tahap keselamatan
§  Menerangkan tujuan penyiasatan kemalangan

5.0    Kesan persekitaran tempat kerja yang tidak selamat  kepada pekerja.           

Keadaan kerja yang tidak terurus mempunyai potensi untuk menjejaskan keselamatan  dan kesihatan pekerja. Persekitaran ini  termasuklah kerja-kerja di dalam bangunan ( pejabat dan kilang ) dan di luar bangunan ( pertanian dan perlombongan ).

Keadaaan kerja yang tidak terurus boleh juga menjejaskan persekitaran serta memberi kesan terhadap keselamatan  dan kesihatan komuniti.

Contoh : - Penggunaan racun serangga dalam kerja-kerja pertanian
·         Pekerja boleh terdedah kepada kimia toksid apabila menyembur racun serangga melalui hidung, mata, mulut, dan kulit.
·         Keluarga pekerja dan komuniti didedahkan dengan racun di udara, minuman air yang tercemar, dan residue pakaian pekerja
·         Pencemaran kepada alam sekitar akan berlaku apabila bahan kimia meresap ke dalam tanah atau air bumi

Fakta-fakta kemalangan di tempat kerja seperti tergelincir, terlanggar dan terjatuh adalah punca utama kematian, kecederaan dan kecelakaan yang berlaku di tempat kerja. Punca utama tersebut adalah disebabkan oleh:

a)      Bahan atau benda asing di kawasan jalan dan laluan
b)      Kecacatan dalam rekabentuk atau corak permukaan laluan
c)      Permukaan yang licin atau tidak bersih
d)     Keadaan individu yang tidak stabil secara fizikal atau mental.

Kajian juga mendapati jika manusia bersentuhan dengan sesuatu objek padu pada kadar 2 ½ batu sejam, kadar kuasanya boleh meretakkan tengkorak kepala manusia. Untuk memastikan keberkesanan dan tindakan seperti memastikan atau mengelakkan kejadian dari berlaku. Tanggungjawab dan tindakan pencegahan adalah penting bagi mengurangkan kebarangkalian kecelakaan berlaku.

5.1  Persekitaran dan kawasan kerja yang selamat

Setiap tahun pekerja-pekerja ditimpa kemalangan atau didapati tidak sihat untuk bekerja. Kebanyakan yang didapati tidak sihat untuk  bekerja dan sering ditimpa kemalangan adalah pekerja-pekerja yang bekerja lebih dari 5 hari seminggu. Punca kematian dan kecelakaan semasa kerja juga menunjukkan purata yang tinggi tidak termasuk kemalangan jalan raya. Catatan juga menunjukkan purata kecelakaan di dalam industri kayu adalah tinggi.

Kecelakan di tempat kerja turut menjejaskan ekonomi syarikat kerana syarikat terpaksa membiayai kos perubatan dan pampasan jika kecelakaan adalah parah atau membawa kematian atau hilang upaya. Undang-undang telah memastikan bahawa majikan bertanggungjawab sepenuhnya untuk menyediakan persekitaran kerja bersih, sihat dan selamat dan pihak pengurusan dan penyelia dikehendaki memastikan pekerja-pekerja memenuhi tanggungjawab. Pihak pengurusan bertanggungjawab jika undang-undang tidak dipatuhi dan jika siasatan dijalankan majikan yang semestinya memastikan persekitaran kerja selamat dan sihat serta kesihatan pekerja tidak terjejas dengan maksud:

a)      memastikan tatacara kerja dilakukan dengan betul, sempurna, selamat dan tidak menjejaskan kesihatan
b)      memastikan alat-alat , mesin-mesin dan bahan-bahan selamat digunakan dan disimpan dengan selamat
c)      memastikan cara menyimpan, mengangkut atau bekerja dengan bahan-bahan merbahaya adalah selamat dan tidak menjejaskan kesihatan
d)     menyediakan maklumat, arahan-arahan kerja dan latihan yang diperlukan agar kerja dijalankan dengan betul dan sempurna, selamat untuk kesihatan.
e)      Berbincang dengan pekerja atau melalui wakilnya
f)       Memeriksa tempat kerja dengan kerap dan merekodkan hasil pemantauan.

5.2       Menerangkan kawalan keselamatan kepada mesin dan peralatan.

Kawalan keselamatan pada mesin dan peralatan

i)         Mesin dan peralatan  adalah sangat merbahaya jika :
  
·         Direka tidak selamat dan tidak sempurna
·         Tidak diselenggara dengan betul
·         Dijalankan oleh pekerja yang tidak terlatih
·         Bukan untuk kerja yang sebenarnya
·         Digunakan dalam keadaan yang berbeza
·         Ditukar / dipinda secara haram
·         Tidak bersedia atau tidak menumpukan perhatian

ii)                  Faktor  tingkah laku dalam pengawalan kemalangan

Majikan hendaklah memastikan mesin dan peralatan :

·         Disimpan di tempat yang selamat
·         Digunakan dengan selamat
·         Tidak mendatangkan  masalah pada kesihatan

Pereka hendaklah memastikan mesin dan peralatan

·         Selamat digunakan
·         Berkeadaaan sempurna dan baik

Pekerja yang bertanggungjawab

·         Mematuhi peraturan kerja yang telah ditetapkan
·         Membuat kerja mengikut latihan yang telah diberikan
·         Berkelakuan dan bekerja dalam keadaan selamat
·         Melaporkan sebarang masalah kepada pegawai bertanggungjawab

5.3       Punca-punca kebakaran dan kaedah pencegahan

Pengawalan kebakaran adalah urusan yang sangat penting. Kerugian akibat kebakaran amatlah besar. Kemalangan jiwa akibat kebakaran sering berlaku kerana pintu atau laluan kecemasan sering terkunci,  sistem dan alat kecemasan seperti alat pemadam api tidak mencukupi. Sehubungan itu, pihak majikan dikehendaki menyediakan laluan, peralatan memadam kebakaran dan latihan melawan kebakaran yang sempurna untuk mengelakkan kecelakaan, kematian atau kehilangan keupayaan 
Punca-punca kebakaran kebiasaanya adalah:

§  Berlaku akibat daripada bahan kimia yang mudah    terbakar , habuk-habuk dan kerosakan pada pemasangan elektrikal
§  Bahan kimia yang mudah terbakar tidak disimpan mengikut peraturan yang telah dinyatakan oleh pihak berkuasa

Tindakan berjaga-jaga mestilah dibuat secara mandatori seperti:

a.       Jangan menghisap rokok berdekatn dengan bahan kimia
b.      Jangan menggunakan atau menyalakan api berdekatan dengan bahan kimia
c.       Menyimpan bahan kimia yang banyak di dalam bilik yang berasingan dan jauh daripada kawasan mudah terbakar
d.      Operasi yang mudah terbakar seperti kimpalan atau pengisaran bahan besi hendaklah jauh dari bahan kimia
e.       Mendapatkan senarai kesan bahaya jika membeli bahan kimia
f.       Menanda dan melabelkan tanda bahaya dan pastikan label tersebut tidak rosak, dialih atau ditukar
g.      Pastikan rekod penggunaan,rekod stok bahan rekod pembekal ada


Punca-punca lain kebakaran berlaku ialah:
·         perbuatan khianat
·         kerosakan elektrik
·         merokok
·         geseran
·         terlalu panas
·         kebakaran spontan
·         kanak-kanak
·         alatan terlalu panas
·         kerja-kerja semasa kimpalan / pemotongan
·         petir
·         tindakbalas kimia
·         kemalangan/kecuaian pekerja

      Kaedah pencegahan berlakunya kebakaran ialah:
·         Membersihkan kawasan persekitaran kerja
·         Penyimpanan bahan mudah terbakar di tempat yang selamat
·         Penyediaan kawasan merokok
·         Penjagaan mesin dengan baik
·         Kawalan staf, kakitangan dan pengguna bangunan
·         Penguatkuasaan peraturan kerja yang selamat
·         Penyediaan kawasan kerja yang selamat

 Faktor kebakaran dan pengawalan:

a)         Akibat daripada kebakaran yang berlaku seperti:
·         kemalangan jiwa
·         kerugian besar
·         kematian

b)         Mengawal kebakaran dengan :

i)         Menyediakan laluan kecemasan
·               Setiap bangunan mestilah mempunyai sekurang-kurangnya dua laluan bagi tujuan menyelamatkan diri
·               Pintu laluan hendaklah tidak dihalang atau dikunci
·               Laluan kecemasan mestilah bebas dan lapang dan ditandakan

ii) Pemadam api mudah alih
·               Setiap bangunan hendaklah memastikan mempunyai alat pemadam api yang bersesuaian kegunaanya.
·               Pekerja-pekerja hendaklah dilatih menggunakan pemadam api dengan betul.
·               Hanya alat pemadam api yang sah dan baik digunakan dan dibenarkan
·               Pekerja-pekerja hendaklah dimaklumkan dengan memberikan latihan latih tubi (drill) cara-cara menyelamatkan diri dari kebakaran.

c)      Perancangan Pengosongan ( Excavuation )

·               Pelan tindakan kecemasan diperlukan dengan menyatakan laluan untuk digunakan dan prosedur yang perlu diikuti semasa kecemasan
·               Jika perlu, prosedur bertulis hendaklah disertakan juga untuk memberikan keterangan kepada kakitangan yang diperlukan membantu
·               Alat penggera seperti loceng kecemasan, wisel, peti suara mestilah disediakan dan berfungsi dengan baik
·               Pekerja-pekerja hendaklah dilatih bagaimana untuk bertindak ketika kecemasan. Majikan hendaklah memeriksa semula perancangan yang telah diberikan agar tindakan sebaik-baiknya dapat diambil ketika kecemasan dan memaklumkan kepada pekerja jika berlakunya sebarang perubahan.

d)     Perancangan Mengawal kebakaran

·               Majikan hendaklah membuat dan mengeluarkan     perancangan bertulis tentang mengawal kebakaran bagi memastikan perancangan pengawalan dapat dijalankan dengan sempurna dan betul. Menghentikan kebakaran adalah cara terbaik mengawal dan perancangan hendaklah dimaklumkan kepada semua pekerja.
·               Program kebersihan bagi penyimpanan dan pembersihan bahan-bahan mudah terbakar hendaklah dimasukkan  ke dalam perancangan. Mengitar semula bahan mudah terbakar seperti kertas adalah digalakan.
·               Prosedur mengawal tempat kerja terutamanya perbuatan merokok, kerja mengimpal dan membakar adalah ditegah sama sekali. Alat mengeluarkan api seperti boiler ,ketuhar mestilah diselanggara dan bersih serta dikawal. Bagi bahan mentah hendaklah disimpan denagn teratur dan selamat
·               Pekerja hendaklah dimaklumkan tentang bahaya kebakaran di tempat kerja dan prosedur serta perancangan hendaklah disediakan dan dinyatakan.

e)      Sistem pencegahan kebakaran

·               Rekabentuk sempurna dan pemasangan sistem pencegahan pembakaran seperti penyembur air adalah yang terbaik untuk digunakan dan dipasang di tempat kerja atau bangunan. Alat sistem penyembur air ini mempunyai pengesan api, penggera bunyi, penyembur air untuk menyembur di mana dikesan haba dan api atau di mana berlakunya kebakaran.
·               Sistem penyembur air automatik memerlukan penyenggaraan sempurna agar dapat digunakan sepanjang masa.
·               Papan tanda hendaklah dipasang di semua kawasan penyembur air limpahan dan bahan hendaklah dimaklumkan bagi memaklumkan bahawa bahan digunakan seperti karbon dioksida, halon 1211 dan sebagainya.

5.4              Pengurusan bahan  yang berkesan

i)                    Peralatan juga perlu diurus dengan baik dan berkesan seperti alatan:
·                     Untuk mengangkut, contohnya  trak pengangkut dirancang jadual dan laluan yang betul.
·                     troli
·                     alat penarik
·                     alatan  yang rosak hendaklah dibaiki
·                     alat yang buruk hendaklah digantikan yang baru
·                     pastikan alatan sentiasa diselenggara dengan betul
·                     mesti mempunyai rekod penyenggaraan dan penggunaanya.

ii)                  Mengangkat benda berat
·                     Perlu mengambil kira faktor kombinasi berat, saiz dan bentuk barangan yang diangkat
·                     Kurang daripada 20 kg ( sebaik-baiknya 15 kg ) bagi setiap individu.
·                     Bagi benda yang berat adalah sebaiknya menggunakan jentera pengangkat seperti trak angkat susun ( fork-lift truck )

          Kaedah sihat semasa mengangkat barang :
·                     Barang hendaklah dekat dengan tubuh badan semasa mengangkatnya
·                     Kaki dirapatkan dan tubuh badan hendaklah seimbang
·                     Lutut dibengkokkan
·                     Tengkuk dan belakang badan lurus
·                     Luruskan kaki
·                     Mengangkat barang-barang dengan kedua-dua belah tangan

iii)                Susunatur

·                     Susunatur kawasan kerja hendaklah mempunyai ruang mudah untuk bergerak, pemusingan bebas, lantai rata dan tidak licin
·                     Sistem pencahayaan baik dan terang
·                     Rak untuk penyimpan alat yang mencukupi dan sesuai
·                     Penempatan mesin-mesin di tempat yang sesuai dan selesa untuk pekerja

iv)          Pengendalian secara manual

Pengendalian secara manual adalah melebihi dari mengangkat, mengangkut atau membawa sesuatu benda. Ianya bermaksud aktiviti merangkumi mengangkat, merendahkan, menolak, menarik, membawa, memegang, menahan sesuatu barangan , haiwan atau seseorang.
Kebanyakan kecederaan berlaku akibat pengendalian kerja secara manual atau tangan. Kecederaan akan berlaku jika tugasan kerja yang diberikan adalah tidak sempurna atau di mana pengendalian melibatkan pergerakan badan . Ini menyebabkan permasalahan dalam pengendalian kerja secara betul. Di antara akibat kecederaan semasa pengendalian kerja secara manual ialah seperti:

a)                  Kerja yang melibatkan penarikan, kurang pengawalan dan pergerakan serta merta yang menyebabkan ketidakselesaan dan kesakitan
b)                  Kerja yang banyak melibatkan membongkok, memintal dan mencapai.
c)                  Kerja yang melibatkan masa memegang dalam keadaan yang sama atau kedudukan yang tidak berubah
d)                 Kerja yang terlalu pantas dan berulang-ulang
e)                  Kerja yang memerlukan tekanan bagi menjalankan tugasan.

            Majikan adalah bertanggungjawab secara undang-undang bagi memastikan pengendalian secara manual iaitu persekitaran kawasan yang bersih, selamat dan sihat. Di antara langkah berjaga-jaga yang perlu diketahui adalah:

a)                  Mencorakkan semula tugasan atau kerja semasa membawa barangan
b)                  Melengkapkan atau membekalkan peralatan mekanikal seperti troli atau penarik
c)                  Prosedur keselamatan kerja yang selamat
d)                 Latihan khusus bagi tujuan membawa, mengangkut dan mengangkat barangan



AKTIVITI 5A

Aktiviti 1

Anda merupakan seorang juruteknik yang mengawal perjalanan dan proses pengeluaran komponen perabot di sebuah kilang. Kemungkinan mesin dan peralatan yang digunakan merbahaya kepada pekerja yang menggunakanya. Bagaimana untuk mengenalpasti sama ada mesin dan peralatan itu memberi bahaya semasa menggunakannya.

Aktiviti 2

Anda merupakan salah satu anggota tindakan kecemasan yang dilantik oleh syarikat sebagai penyelia tindakan kecemasan. Apakah tugas-tugas yang anda perlu lakukan jika berlakukan kecemasan atau kebakaran di tempat kerja anda.

Aktiviti 3

Nyatakan punca-punca kebakaran berlaku ?


MAKLUMBALAS AKTIVITI 5A

Aktiviti 1

Mesin dan peralatan  adalah sangat merbahaya jika :
 
·         Direka tidak selamat dan tidak sempurna
·         Tidak diselenggara dengan betul
·         Dijalankan oleh pekerja yang tidak terlatih
·         Bukan untuk kerja yang sebenarnya
·         Digunakan dalam keadaan yang berbeza
·         Ditukar / dipinda secara haram
·         Tidak bersedia atau tidak menumpukan perhatian semasa menggunakan

Aktiviti 2

Tugas Penyelia Tindakan Kecemasan semasa berlakunya kebakaran:
  • Menilai keadaan kecemasan
  • Bertindak mentakrifkan komponen organisasi tindakan kecemasan
  • Menyelia dan menyelaras operasi tindakan kecemasan
  • Bertanggungjawab terhadap mengambalikan keadaan normal di tempat kerja

Aktiviti 3

Punca-punca lain kebakaran berlaku ialah:
·         perbuatan khianat
·         kerosakan elektrik
·         merokok
·         geseran
·         terlalu panas
·         kebakaran spontan
·         alatan terlalu panas
·         kerja-kerja semasa kimpalan / pemotongan
·         petir
·         tindakbalas kimia
·         kemalangan/kecuaian pekerja


SILA UJI KEFAHAMAN ANDA


1. Nyatakan sebab-sebab berpuncanya berlakunya kemalangan di tempat kerja.


2. Sebagai pekerja seharusnya mematahui segala peraturan dan kehendak keselamatan di tempat kerja. Nyatakan tanggungjawab sebagai seorang pekerja tersebut.


3. Apakah tindakan pekerja jika berlakunya kemalangan di tempat kerja.


4. Pemadam api merupakan alat yang penting bagi mencegah kebakaran daripada terus merebak. Jika tidak digunakan dengan betul maka langkah pencegahannya akan gagal. Bagaimanakah bagi memastikan pemadam api ini dapat digunakan dengan sempurna ketika berlakunya kecemasan.







BAGAIMANA DENGAN JAWAPAN ANDA. TEPAT, KURANG TEPAT, ATAU ….. USAHA LAGI JIKA PERLU

1. Punca utama tersebut adalah disebabkan oleh:

Æ  Bahan atau benda asing di kawasan jalan dan laluan
Æ  Kecacatan dalam rekabentuk atau corak permukaan laluan
Æ  Permukaan yang licin atau tidak bersih
Æ  Keadaan individu yang tidak stabil secara fizikal atau mental.

2. Pekerja yang bertanggungjawab

·         Mematuhi peraturan kerja yang telah ditetapkan
·         Membuat kerja mengikut latihan yang telah diberikan
·         Berkelakuan dan bekerja dalam keadaan selamat
·         Melaporkan sebarang masalah kepada pegawai bertanggungjawab

3.  Pekerja
§  Memberitahu penyelia tindakan kecemasan
§  Membantu tindakan kecemasan jika diminta

4.  Pemadam api kebakaran
§  Setiap bangunan hendaklah memastikan mempunyai alat pemadam api yang bersesuaian kegunaanya.
·         Pekerja-pekerja hendaklah dilatih menggunakan pemadam api dengan betul.
·         Hanya alat pemadam api yang sah dan baik digunakan dan dibenarkan
·         Pekerja-pekerja hendaklah dimaklumkan dengan memberikan latihan latih tubi (drill) cara-cara menyelamatkan diri dari kebakaran.